Ok, entry ni bukan nak buat ulasan buku ni tau. Ulasannya kita simpan untuk blog Buku Eton nanti ya. Sebenarnya, sewaktu sedang asyik membaca, terjumpa satu info menarik iatu "bumble bee syndrome". Cuba tengok petikan dalam Gambar 1.
![]() |
Gambar 1 |
Hmm..dari situ mula mencari makna bumble bee. Jadi, penemuannya ialah:
- Bumble bee: Robot dalam filem Transformers (rasanya ni yang paling orang kenal!)
- Chevrolet Camaro: Robot bumble bee dalam bentuk kereta.
- Bumble bee project - NVIDIA Optimus technology for LINUX: Projek ni berkaitan pembangunan sistem sokongan nVidia bagi meningkatkan kualiti bateri laptop yang guna Intel i3/i5/i7.
- Bumble bee is not a honey bee: Baru tahu lain-lain spesiesnya.
Kemudian terjumpa pula satu video menarik tentang Tarian Lebah. Ianya menerangkan bagaimana lebah membuat tarian kibas sebagai satu cara komunikasi dengan kawan-kawannya untuk beritahu di mana lokasi makanan berada. Sila saksikan video di bawah.
The waggle dance of the honeybee.
Bila dirisik-risik dalam terjemahan Al-Quran, terjumpalah ayat 68 dan 69 dalam surah Lebah (An-Nahl) :
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mahu berfikir." [QS. An-Nahl : 69]
Perhatikan ayat terakhir; "terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang mahu berfikir". Dalam video di atas, kita sedar bahawa hasil daripada tindakan berfikir para penyelidik, maka Allah kurniakan mereka kefahaman terhadap perlakuan lebah tersebut. Lalu saya menilai semula diri, "Adakah aku cukup berfikir selama ini? Apakah betul setiap yang aku fikirkan? Sejauh mana pemikiranku mendekatkan diriku pada Allah, penciptaku?"
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka". [QS. Al-Imran : 190-191]
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"
No comments:
Post a Comment